'Saya dan Fasha memang tidak baik dari dulu tetapi tidaklah sampai menghalau dia'
KUALA LUMPUR - Ekoran kenyataan Fasha Sandha itu, Nora Danish meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.
Lapor mStar Online, tuduhan buruk yang memberi persepsi negatif itu secara tidak langsung telah menjejaskan perniagaan yang sedang dipromosikannya.
"Hubungan saya dengan Fasha memang dari dulu tidak baik tetapi tidaklah sampai saya menghalang dia hadir atau halau dia pada majlis itu.
"Itu bukan majlis saya dan saya tidak tahu dan tidak pernah mengambil tahu dia datang atau tidak. Kalau benar saya mahu bertindak demikian, kenapa baru sekarang?" soalnya. - The Reporter

