
Hanis Zalikha Elak Anak Jadi Mangsa Pedofil
Tidak mahu anak sulung mereka menjadi mangsa nafsu jijik pedofilia, Hanis Zalikha menjelaskan bahawa setiap gambar yang dimuatnaik di laman sosial mempunyai batasan tersendiri demi mengelakkan peristiwa tidak diingini berlaku.
“Pedofilia memang satu perkara yang agak membimbangkan. Sebagai ibu, saya letakkan batas untuk muat naik gambar Yusuf yang tidak terlalu terdedah hingga boleh bawa kepada kejadian yang tak sepatutnya berlaku”
“Isu ini sangat meluas seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, memang agak sukar nak kawal. Jadi,lebih baik saya berjaga-jaga dan sentiasa pantau laman sosial Yusuf dari semasa ke semasa, ” jelasnya kepada Utusan Online.
Anak Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar kini yang baru berusia 11 bulan sudah mempunyai kira kira 1.4 juta pengikut di Instagram. Bagi anda yang tidak mengetaui apa itu pedofilia, ia adalah gangguan seksual yang berupa nafsu seksual terhadap remaja atau anak-anak bawah umur.





