
Kecoh sebentar laman Instagram Fasha Sandha baru baru ini dengan ribuan komen di atas satu kenyataan yang dikeluarkannya. Menurut Fasha, dia telah dihalau dari sebuah majlis atas desakan satu lagi pihak lain yang mendakwa akan menarik diri jika Fasha terus ada di majlis berkenaan.
Mengikut turutan peristiwa yang dikongsikan oleh Fasha, jutawan kosmetik Nur Sajat telah memaklumkan mengenai permintaan satu pihak tersebut yang tidak mahu Fasha berada di majlis yang sama. Namun pihak penganjur menghubungi Sajat semula dan menjelaskan bahawa perkara tersebut hanyalah salah faham.
Tapi pelik juga, melalui cerita Fasha sendiri, mengapa update tentang situasi tersebut disampaikan oleh orang tengah dan tidak berurusan terus dengan pengurus Fasha?
Fasha juga memuatnaik kenyataan balas dan bersumpah kejadian yang menimpanya pada majlis berkenaan benar benar terjadi, sekaligus menafikan dakwaan pihak berkenaan yang menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah fitnah semata. Tambah Fasha, dia tidak akan hadir langsung pada majlis yang berkaitan dengan individu berkenaan pada masa hadapan.


