FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANGKAN DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANGKAN DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN





FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA-Filem adalah sebuah teknik penceritaan yang dikira sebagai ‘One Shot Story’ di mana cerita tersebut hanya berlaku dalam satu jalan cerita yang panjang berdurasi selama 2 hingga 3 jam. Berbeza dengan drama yang ditayangkan secara berepisod dan tidak sekali gus serta durasi yang singkat untuk satu-satu episod iaitu selama 30 hingga 60 minit. Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton serta memberikan unsur-unsur yang negatif sama ada dari segi fizikal, rohani ataupun mental sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.

Fifty Shades of Grey
Filem yang diangkat dari sebuah novel popular ‘Fifty Shades of Grey’ ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Sex Tape
Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem tersebut di Internet.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


The Wolf of Wall Street
Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


The Raid 2 : Berandal
Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans “The Raid: Redemption” pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu “The Raid 2: Berandal” ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Noah
Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

I Spit on Your Grave
FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

Dukun
Filem seram tempatan “Dukun” arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. “Dukun” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Banglasia
Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

FILEM-FILEM YANG HARAM DITAYANG DI MALAYSIA


Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah “Banglasia” turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

Industri perfileman juga memberi impak yang besar terhadap pembentukan jiwa kanak-kanak dan pembinaan pemikiran mereka. Penulis nasihatkan agar ibu bapa sentiasa memantau bahan hiburan anak-anak disamping memberikan mereka motivasi dan ilmu agama agar aqidah mereka sentiasa kuat untuk menempuhi ranjau dan liku-liku duniawi.



Sumber daripada : Tupai.com.my


Menyesal Aku Ajar Isteri Buat Maksiat, Akhirnya Dia Sendiri MENGAKU Secara LIVE Pernah Layan 6 Lelaki SERENTAK !

Menyesal Aku Ajar Isteri Buat Maksiat, Akhirnya Dia Sendiri  MENGAKU Secara LIVE Pernah Layan 6 Lelaki SERENTAK !




Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.

Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.

Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.


Inilah Videonya :


Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui setelah kami berkahwin.

Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka berjumpa.

Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia selalu.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu?  Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya sepenuh hati.

Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut. Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.

Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami, saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.

Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya? Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!

Saya betul-betul keliru. Tolonglah, bagaimana harus saya selamatkan perkahwinan kami?

Sekarang ini, kadangkala saya masih ok tapi ada kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga, buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat bagi saya.



AWAS PADA KAUM WANITA! INI 6 JENIS SOLEKAN YG AKAN DILAKNAT KERANA HARAM DALAM ISLAM! NO 4 TU TERLALU RAMAI WANITA ISLAM MELAYU KITA BUAT TANPA SEDAR! TOLONG SEBARKAN!

AWAS PADA KAUM WANITA! INI 6 JENIS SOLEKAN YG AKAN DILAKNAT KERANA HARAM DALAM ISLAM! NO 4 TU TERLALU RAMAI WANITA ISLAM MELAYU KITA BUAT TANPA SEDAR! TOLONG SEBARKAN!





Lumrah buat wanita untuk kelihatan cantik dan bergaya baik didepan suami, mahupun didepan orang ramai. Alatan solek dan produk­produk kosmetik sudah sebati buat mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita lebih banyak menghabiskan wang daripada lelaki semata­mata ingin menjaga penampilannya agar selalu cantik dan mempesona. Namun, harus diketahui bahawa tidak semua dandanan itu halal. Ada beberapa cara berdandan wanita yang ternyata bertentangan dengan ajaran islam. Contohnya berdandan seperti wanita kafir yang tidak pernah solat berwudhu kerana takut make upnya luntur terkena air. Ini sudah sangat salah, jadi sudah jelas melanggar aturan islam.

Bagi wanita muslimah, sebaiknya hati­hati ketika ingin berdandan. Kerana 6 dandanan seperti ini rupanya haram buat wanita muslim.

1. BERLEBIHAN DALAM BERHIAS
Dandan yang diharamkan pertama adalah berlebihan dalam berhias, seperti memakan banyak masa semasa mencari kosmetik atau perhiasaan yang
diinginkan. Lalu, juga menghabiskan banyak wang untuk membeli kosmetik dan juga perhiasaan tersebut.
“Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan, mahkluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. Al­Israa ayat 27).

2. MENGHABISKAN BANYAK MASA DIDEPAN CERMIN
Sesungguhnya yang berlebih­lebihan itu sangatlah tidak baik. Menghabiskan banyak masa bersolek didepan cermin dengan berbagai macam make up adalah
cara dandan yang haram untuk wanita muslim.

3. MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
Ramai wanita sekarang ini nak cantik, tapi sayangnya kecantikkannya itu dilaknat. Bulu kening yang ciptakan Allah dicukur nipis, kemudian diukir dengan
pensel warna. Nak cakap kerja sendiri lagi cantik berbanding Allah ke ?
Rasulullah melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening . ( Petikan dari Hadis Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari )

4. MENYAMBUNG RAMBUT
Seterusnya, berhias yang haram buat wanita adalah menyambung rambut. Menyambung rambut diharamkan bagi wanita muslim kerana dapat membahayakan
diri mereka sendiri.
Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya.” (HR. Al­Jami’ ash­Shaghir).

5. BERDANDAN MENYERUPAI LAKI­LAKI
Berdandan tidak hanya menggunakan kosmetik, juga menggunakan pakaian dan perhiasaan. Wanita yang suka berdandan dengan menyerupai laki­laki seperti
menggunakan pakaian lelaki adalah haram hukumnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai laki­laki.” (HR. Al­Jami ash­Shaghir).

6. MEMBUKA AURAT
Membuka aurat adalah haram baginya baik laki­laki maupun perempuan. Aurat hanya boleh dilihat oleh muhrimnya saja, selain itu dosa baginya.
Rasulullah SAW bersabda, “Laki­laki tidak boleh melihat aurat laki­laki lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).
Tidak salah untuk kelihatan cantik, tetapi berpada­padalah dan ikutlah syariat islam. Sudah jelas jika wanita yang berdandan secara berlebihan itu sangatlah
tidak baik dan bahkan berdosa. Jadi, jika anda seorang wanita muslimah, sudah semestinya anda sedari hal ini untuk terhindar dari perbuatan maksiat dan juga
dosa kepada Allah


"Siapa Yg Boleh Tahan Melihat Maya Wanita Yg Terlalu Cantik! Saya Terus Gali Kuburnya Dan Saya Terus. . .", Cerita Sebenar Dari Penggali Kubur Ini Buat Meremang Bulu Roma!

"Siapa Yg Boleh Tahan Melihat Maya Wanita Yg Terlalu Cantik! Saya Terus Gali Kuburnya Dan Saya Terus. . .", Cerita Sebenar Dari Penggali Kubur Ini Buat Meremang Bulu Roma!


Di suatu hari Saidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah SA W sambil menangis, jadi bertanyalah Rasulullah SA W "Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?" Jawab Umar "Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang yang sudah membakar hatiku." Berkata Rasulullah "Ya Umar, bawalahdia masuk." Lalu Umar membawa pemuda yang tengah menangis itu masuk.

Bertanya Rasulullah SA W "Apakah yang sudah engkau kerjakan sehingga engkau menangis?" Pemuda itu menjawab "Wahai Rasulullah, saya telah lakukan dosa yang besar! Saya sangat takut pada Allah SW T yang sangat murka kepadaku." Bertanya Rasulullah SA, W "Apakah anda mempersekutukan Allah? "Jawab pemuda itu" Tak Ya Rasulullah. "Bertanya Rasulullah lagi" Adakah anda membunuh jiwa yang anda tiada hak membunuhnya? "Jawab pemuda itu" Tak Ya Rasulullah. "

Sabda Rasulullah SA W "Jadi Allah SW T bakal mengampunkan dosa anda walaupun sebanyak tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit." Berkata pemuda itu "Wahai Rasul Allah, Saya sudah lakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya. "

Rasulullah S. A. W bertanya lagi "Apakah dosamu itu semakin besar dari Al-Kursi?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar."

Rasulullah SA W bertanya lagi "Apakah dosamu semakin besar dari Arsy?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar." Rasulullah SA W bertanya lagi "Adakah dosamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?" Jadi jawab, pemuda itu "Maafnya lebih besar?" lantas Rasulullah SA W bersabda "Sesungguhnya tidak boleh mengampun dosa besar kecuali Allah yang Maha besar, yang besar pengampunan-Nya."

Jadi bersabdalah Rasulullah S. A. W "Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang sudah engkau lakukan?" Jawab pemuda itu "Saya malu akan beritahu kau, Ya Rasulullah."

Rasulullah bertanya dengan kuat "Beritahu saya apakah dosamu itu?" Jawab pemuda itu "Begini Ya Rasulullah, kerjaku iaitu sebagai penggali kubur. Saya sudah lakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Di suatu hari, saya menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah saya menanggalkan kain kafannya, jadi saya tinggalkan ia. "

Tak jauh saya meninggalkannya, jadi naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, saya kembali pada mayat itu lantas akupun menyetubuhinya. Setelah saya memuaskan nafsu, jadi saya tinggalkan dia. Belum jauh saya mengedar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, "Celaka benar anda wahai pemuda! Bukankah anda berasa malu pada Tuhan yang bakal membalas pada hari pembalasan kelak! Apabila tiba masanya setiap orang yang zalim bakal dituntut oleh yang teraniaya! kau biarlah saya telanjang dan kau hadapkan saya pada Allah SWT dalam keadaan berjunub!

selepas Rasulullah selesai mendengar info dari pemuda itu, jadi dengan segera Rasulullah bangun sambil bersabda "Hai orang yang fasik !, memang layak anda masuk neraka dan keluarlah anda dari sini." Jadi keluarlah pemuda itu.

Sepanjang 40 hari pemuda itu memohon ampun pada Allah dan pada masa malam ke 44, ia melihat ke langit sambil berdoa "Ya Allah, Tuhan pada Rasulullah, Nabi Adam dan Udara, bila Engkau sudah mengampunkannu, jadi beritahulah Rasulullah SA W dan para sahabatnya. Bila tak , jadi kirimkan pada saya api dari langit dan bakarlah saya didunia ini dan selamatkan saya dari seksa akhirat. "

Tak berapakah lama selepas detik-detik itu, turunlah Malaikat Jibril A. S menjumpai Rasulullah. Selepas berikan salam Jibril A. S berkata "Wahai Muhammad, Tuhanmu berikan salam padamu." Jawab Rasulullah S. A. W "Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya semua keselamatan."

Berkata Jibril A. S "Allah S. W. T bertanya, apakah anda yang jadikan makhluk?" Jawab Rasulullah S. A. W "Dialah Allah yang jadikan segala makhluk."

Bertanya Jibril A. S lagi "Adakah anda yang memberi rezeki kepada makhluk?" Jawab Rasulullah S. A. W "Dialah Allah yang memberi rezeki pada saya dan makhluk-makhluk yang lain."

Berkata Jibril A. S lagi "Apakah anda berikan taubat pada mereka?" Jawab Rasulullah S. A. W "Dialah Allah yang terima taubat dariku dan mereka."

Jadi berkata Jibril A. S "Allah berfirman, maafkanlah hamba-Ku itu kerana Saya sudah memaafkannya."

Jadi segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah sudah terima taubatnya dan memaafkannya.